Cekalkan hati terima perpisahan :')



Ungkapan 'kite putus' ibarat tali yang sedang menjerut leher sendiri.
Sukar dilafaz namun perlu dibuat demi kebaikan yang lebih baik.

Memutuskan hubungan dengan insan yang masih kita cintai adalah antara perkara yang paling sukar dilakukan dalam dunia ini.

Namun sebenarnya jika dilihat kembali hubungan yang diteruskan tersebut bukan hanya mendatangkan kebaikan malah kesakitan yang bakal ditanggung oleh kedua dua insan tersebut.

Memang masing masing memutuskan untuk tidakk lagi meneruskan hubungan tersebut. Namun bagaimanakah caranya untuk memastikan keputusan tersebut kekal dan tidakk akan berubah.

Pertama pastikan anda duduk berasingan dan jangan sesekali mengubah keputusan tersebut. Jika pendirian anda berubah, anda hanya akan menyakiti hati diri anda sendiri. Jadi pastikan anda benar benar komited sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Seterusnya, cakap dengan pasangan anda dan beritahu dia kenapa anda tidakk boleh bersama nya lagi. Komunikasi jujur yang terang lagi nyata adalah amat penting. Memberi alasan yang tidakk benar walaupun niat anda hanya untuk manjaga hati dan perasaan pasangan tetapi ianya akan memberikan rasa sakithati kepada pasangan anda dan lebih rumit ia akan mengelirukan keadaan anda berdua.

Perpisahan bukanlah bermakna anda langsung tidakk boleh bertemu antara satu sama lain. Tapi jangan jumpa dalam masa terdekat selepas perpisahan. Beri ruang dan masa sekurang kurang nyaa apabila hati anda berdua telah tenang cuba seminggu dulu ataupun sebulan kaji dengan jelas perasaan dan hati anda kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja.

Paling utama selepas perpisahan ini ialah untuk memaafkan antara satu sama lain. Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati anda. Tenangkan hati dah fikiran apa kebaikan yang pernah pasangan anda lakukan. pasti ada banyak kebaikannya bukan. Namun jangan berpatah balik cekalkan hati dan mesti berpegang teguh dengan keputusan yang anda ambil.

Tip dan amaran

Proses perpisahan ini diakui memang memeritkan apatah lagi jika anda masih mempunyai perasaan cinta padanya. Jadi untuk menggantikan perasaan tersebut, pastikan anda diselubungi kasih sayang daripada orang yang disekeliling seperti kawan kawan yang amat memahami apa yang anda lalui. Tidakk salah untuk anda menangisi ataupun bersedih dengan perpisahan tersebut. Tapi awas jangan tersilap langkah dengan memencilkan diri dan dirundung kesedihan berpanjangan.

Amat penting bagi anda untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan kawan kawan. Inilah masanya anda memaksimumkan masa dengan mereka kerana itulah yang sepatutnya berlaku.

Pasangan berpisah yang mengisytiharkan status dia 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. Jadi janganlah berpisah jika hati masih ada cinta.

2 comments:

  1. jika hati masih cinta.
    jangan nafikan .
    jika hati tidak cinta .
    jangan iyakan .
    sha :) i harap u bahagia ,even dengan sesiapa pon .if ade jodoh .kita dua lah kankan ? <3

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete