Chapter O


Hi uolz ,  kali ni saya nak update pasal masa saya kecik-2 dulu time puasa . ehh silap, time saya tak puasa xD

Masa saya kecik dulu , saya slalu jugak lahh curi makan kat dapur. time org takde , saya pandang kiri kanan depan belakang bawah atas , okay line clear . Masa untuk tercekik . Saya slow-2 bukak peti ais . Saya amik kurma yusuff taiyobbbbb *sambil membisik dekat kurma yg saya pegang tu . Saya bawak kurma tu menonton tv . Masa tu rumah kosong . Saya pon makan kurma tu , tiba-2 saya rasa sebersalah -,- makan sebijik je pastu kenyang . Baik tapayah makan . Muahahaha

Time malam yang paling saya nanti nanti kan . Saya pergi ke bilik , saya amik mercun yang saya simpan untuk dibaling di kampung sbelah , bila time nak kluar rumah tu , mcm biasa lah , saya simpan mercun tu kat poket , HAHAHA ! Saya dgn kawan-2 saya menyorok di tepi semak samun . Kami mendirikan meriam besi . Tiba-2 terdengar satu letupan . Tengok-2 kampung sebelah sudah menyerang . Kami terus memasukkan peluru didalam meriam buatan sndiri , kebabommmmmm smua meletup . Kawan saya yg lain sangkut atas pokok , saya sorang  je oke and stay lagi kat situ . Sbb saya tengok dari jauh . Padan muka diorg xD hihihihi *tipujeK

Saya rasa nak berniaga lah time puasa tahun ni . Untung banyak . Siapa nak sila order ye , ada gifs dia . Sebuah penginapan di hospital terdekat .


  • mercun bola : RM 10.00
  • mercun papan : RM 20.00 
  • bunga api : RM 1.00 SEIKAT 
  • mercun pop : RM 1.00 *untuk kanak-2. untuk dewasa mercun k-pop
  • PM ME. HARGA TERHEBAT !


Macm biasa ,  mesti ramai yang lambat bangun sahur . HAHA semestinya korang ngantok sangat ~
lelaki kalau bangun pagi mesti stim punya . Mata je stim , korang pikir apa ? Haha yang perempuan tak habis dengan nak gerak bf lah apelah sampai dah azan . K melepas sahur -,- Time nak bangun tu , saya ada cakap sesuatu kat mak ayah saya ^^

mama papa ewahh : nak minum apa pagi ni?
kakak hikhik : saya nak ho ho ho horlicks *cakap serentak dgn adik beradik saya pastu bila dah hidangkan makanan untuk bersahur , Saya mesti org pertama yg amik nasik . Saya buat-2 laa lambat sahur sbb kalau lambat kan sahur dpt pahala <3

Saya : satu untuk mama . dua untuk kakak . dua untuk papa . tiga untuk abang. empat untuk kakak, enam untuk adik *dan diikuti smpai seratus

Bila time nak raya pulak , saya slalu datang rumah org . Niat saya bukn nak makan tapi nak duit raya,
bila pakcik jiran saya dengar suara saya , msti dia kunci pintu , tingkap , tutup tv . Sebb dia tahu saya nak duit. Tak main ah duit hijau . Saya layan merah je , muahahaha *tengok atas smbil pegang duit

Tapi kan kan kan . bila puasa kita rasa lapar je sepanjang hari . Bila start raya , petang tu tak makan pon takpe . kenapa ? haiyoooo susah camni . Tapi skrg dah besar , mybe duit raya pon berkurang . Tapi takpe ! Saya akan ugut ayah saya suruh bagi duit time raya , sehari duit skolah 3 ringgit . Sebulan ? jap . 3 bahagi 31. Haha betol ke saya kira ? entah . sivik saya gagal


Sebelum tu nak cakap , nanti time raya post lahh kat raya takpun duit raya ke kat saya *cepatlahraya

alamat rumah fatin : 123 taman permainan. jalan terus belok tepi, nampak traffic light terus lagi. rumah warna warni . 48020 rawang selangor darul ehsan.

p/s : PUASA JANGAN TAK PUASA. UPIN DAN IPIN PON BOLEH PUASA PENUH. TAKKAN KORANG TAK BOLEH xD

*apa tengok tengok . Puasa lah

No comments:

Post a Comment